22.12.10

pancaroba


gelak tawa yang terhambur dari celahan daging tidak bertulangmu telah mengundang sejuta penyesalan kepada manusia yang berhati setia
bagaikan satu halilintar bagi kami yang dipalit kedukaan dengan tindakan drastikmu yang jelas kelihatan bodoh di mata para pencelik kebenaran
dirimu begitu lena dengan igauan kesetiaan si alam bersama hantu jembalang yang hanya wujud dalam kiasan asmaramu bersama kehikporitan mereka yang durjana
tidak perlu bersekang mata jika hanya mahu melacur dalam kepuraan hidupmu
belahlah kesetiaan ikatan kasih kami kerna tidak pernah terpetir hatimu dengan kuasa yang maha dashyat bagi membayar jumlah hutang kemusnahan hati busukmu dalam menjayakan agenda makhluk merah itu
kau ukir setiap penipuan di dinding balai pegawai penjara yang pasti memasung dirimu atas dakwaan rasuah kepada perhubungan yang telah tersurat
setiap jelinganmu hanya memberi guruh di hati rakanmu sendiri kerana tiada ungkapan kasih yang pernah terluah melainkan kata-kata carutan yang hanya akan membantutkan perkembanagan minda berkulatmu itu
setelah habis kau huru-harakan kampuang kediaman kami
kau bermegah dengan segala macam kuasa yang bagai mercun bawang permaianan teruna-teruna tadika yang lebih gagah dibanding gigi mu yang hanya bersalut emas tinggalan firaun
tergedik-gedik kau melangkah mencari keinsafan bagi meraih perasaan belas dari kami setelah puas menyoyot di dada dosa semalam

18.12.10

selamat ulang tahun...


2 dekad sudah genap penjelajahan si gadis dalam hidup di alam keseronokan ini,
tapi keseronokan yang gadis dan jejaka lain miliki sudah makin hambar dirasakan oleh si gadis,
si gadis bagaikan sudah senja usia hiburan miliknya,
sudah jatuh saham komposit nafsu muda miliknya,
dengkuran yang menujah keluar menemani hari ulang tahun 20 gadis,
bunyi dedupan mesej dari kotak elektroniknya didiamkan bagi menemani lenanya pada malam itu,
si gadis sudah tawar akan keghairahan untuk mendengar kata-kata selamat dari para kekandanya,
sudah rabak rasa yang sering dikecapai olehnya pada zaman belasan dulu,
si gadis kini sudah meninggalkan zaman belasan yang banyak memberi ilham kepadanya,
zaman yang begitu misteri untuk disingkap oleh generasi akan datang,
si gadis banyak berahsia akan isi daging merahnya,
biar para kekanda hanya melihat barisan gigi tanpa besi gadis tanpa perlu menatap kesembaban biji penglihatan si gadis,
si gadis tidak mahu ada jiwa yang gusar akan setiap kepiluanya,
gadis sudah muak akan segala propaganda yang dimainkan oleh manusia-manusia yang berdaging aligator yang hanya tahu menabur kata-kata racun kepada kekanda gadis,
suram sungguh rasa daging merah si gadis ketika ini,
kekanda yang begitu dijaga rapi telah membutakan perasaannya terhadap gadis,
gadis hanya dianggap satu tisu yang digunakan untuk menghapuskan jejak sisa air masin di tubir jendela hati miliknya,
begitu tegar kekanda menghadiah sesuatu kepada musuh itu sebagai memori buruk dihatinya,
sedangkan kepada si gadis hanya kisah biasa kau palitkan sebagai halwa telingnya,
ya mungkin kekanda tidak menyedari bahawa kebluran yang aku tonjolkan adalah hasil kesakitan yang sering kau semadikan kepada si gadis...
si gadis hanya mampu menadah tangan memohon kekanda insaf dalam menduakan kasih si gadis...

5.12.10

cukup bagus

gadis seorang xx yang makin membesar
punya cita-cita dan impian yang melangit terhadap hidup
gadis mempunyai ramai kesayangan
tetapi terpaksa berkongsi dengan orang awam
kerana kesayangan memang orang glamor
gadis selalu merasakan kesakitan daging merah disebabkan sikap racun kesayangan
tetapi gadis tabah
gadis tetap bertahan seperti tidak terkesan langsung akan sikap kesayangan
kesayangan hanya berlabuh dekat gadis bila karibnya membuat kepala kesayangan pusing
gadis tak kisah sebab gadis sayang sangat dengan kesayangannya
kekadang ada kesayangan lain cuba menasihati agar gadis lebih bertegas
gadis tak mampu untuk menidakkan segala macam permintaan kesayangan
gadis tak sanggup melihat gugurnya air masin dari jendela hati kesayangan
gadis ingin menjadi seperti sebatang ikan lumba-lumba yang sentiasa membei bantuan di kala kesempitan melanda hidup kesayangan..
gadis akan terus setia kepada kesayangan kerana gadis tahu kesayangan hanya leka dengan keseronokan yang ditabur oleh karibnya..
hingga melupakan gadis seperti ubi kayu diceruk dapur usang..
wahai kesayangan gadis pulanglah kamu dengan membawa sejuta kemanisan
kerna tidak selamanya gadis akan meneguk segala macam sifatmu
pasti tiba suatu ketika ada jejaka yang akan menyambar si gadis dan disangkarkan dalam ehsan seorang raja menakluk sebuah wilayah...

7.11.10

sudah pergi...





ohh senyum..
kau membalingkan satu senyuman kepada aku di saat amukan melanda diriku..
kau begitu bertenang dalam setiap tutur mulutmu..
sentiasa memberi kata-kata yang indah untuk santapan daging merah aku
walau hanya kata-kata bersulamkan api yang menjadi baki urusniaga antara kita
kau begitu damai dalam mengimamkan solat subuh itu..
begitu damai hati ini menadah tangan mengaminkan setiap lantunan doamu pada Yang Maha Esa..

ohh indah...
rindu akan setiap tulisan indahmu yang dicoretkan pada kertas bergaris aku..
penuh dengan jawapan bagi soalan membunuhku..
kau begitu ralit dalam menjiruskan ucapan bicaramu hingga aku terbuai dalam kaku..
ketangkasanmu dalam melupuskan segala ucapan iblisku..
kau begitu indah..
tiada bual yang panjang antara kita seperti teman yang lain
kerna penamatnya pasti berpihak padaku atas dasar indah budimu yang begitu mengalah dalam meningkah kata-kataku..
kau jadikan aku seorang pedamba
pendamba akan dirimu..
kau tuangkan aku dengan rasa mabok itu hingga tiada panadol yang mampu mengubatiku..
aku begitu mendambakan dirimu terlau begitu...terlalu sangat

ohh tangisan...
pasti sudah kau mengerti bahawa akan terjadi kejadiaan itu pada suatu ketika..
tapi mengapa kau begitu kejam memilih lorong yang gelap untukku di kala diri ini sudah bersedia menjadi seorang yang dicitarasakanmu..
menjadi seorang yang diiginimu...
apa mahumu asalnya???
sudah surutkah sabar imanmu terhadap tingkahku..
aku tersipuh dalam kecewa yang kau palitkan pada malam itu..
tersimpan kemas semua kata-kata cinta yang patut aku hadirkan padamu


ohh sakitnya...
tak tertahan rasanya sakit ketika itu..
kau pula begitu asyik bercumbu dengan asmara cinta barumu..
hanya kebal pada luaran yang mampu ku perlihatkan padamu bahawa tiada kesan padaku segala kemanisan yang kau nikmat..
bahawa tiada rasa cemburu melihat sinar kebahgiaan pada wajah gadismu..
aku tipu...aku tipu..aku tipu...
hakikatnya terlalu perit untukku lalui saat itu..

ohh bencinya...
kau begitu tamak..
tamak dalam menghukum aku dalam mahkamah hidupmu..
kau datang padaku seperti tidak pernah kau menghadiahkan sebarang rasa padaku
kau datang dengan meminta penjelasan tentang kebisuanku terhadap segala pertanyaanmu..
keinginanmu untuk mendengar bicaraku pada saat ini adalah mustahil..
tekadku biarlah sepi yang menjadi pengantara kepada segala macam kisah antara kita..
aku pasrah dalam menilai segala silapku dan cintamu..
kau bersungguh mahukan aku disamping nafsu yang menggunung untuk bersama gadismu..
perlu kau lihat,tidak pernah wujud kesempurnaan dalam setiap keinginan yang diharapkan ..
pilihan sudah kau noktahkan...
dan sebelum noktah itu, telah tersusun huruf-huruf yang mengeja satu nama yang begitu indah maksudnya'_ O _ H _ M _ Z _'
yang pasti ejaan nama itu bukan untukku...
itu pilihamu...dan pilihan kekecewaan untukku telah kau salurkan kerna lambat dalam tindakku memilikimu...

manusia itu...

DALAM KESEPIAN ALAM PAGI INI,HADIR SATU MACAM RASA INGIN BERKELAHI DENGAN SERIBU MANUSIA YANG SENTIASA BERNAFSU MENELANJANGKAN KEAIBAN MANUSIA YANG LAIN.YANG SENTIASA RAKUS DALAM MENIBARKAN SEGALA MACAM CERITA YANG BISA MENEBAK JANTUNG KEMALUAN MANGSANYA.MENGAPA BEGITU BUSUK ISI DAGING MERAHMU WAHAI MANUSIA????SETIAP DARI KITA PUNYA KEBAIKAN SERTA KEJAHATAN YANG SENDIRI,TIDAK PERLULAH KAMU MAHU MENJADI BURUNG NURI YANG MENCAMPAKKAN SEGALA ISI SPORA UNTUK DIBUNGAKAN OLEH KAUMMU YANG BERDAGING MERAH BERNILAKAN HOLY WATER.TEGAR DIRIMU MELIHAT SEORANG MANUSIA YANG SAMA NALURINYA DENGAN KAMU DIPIJAK OLEH MANUSIA BERHATI ALIGATOR???KAMU KEJAM WAHAI MANUSIA!!!!SENTIASA PELIK DALAM MEMBUAT SEGALA TINDAKAN HINGGA MABOK SEMUA PENGGHUNI TELUNJUKMU.JAHAT SIKAPMU BUKAN KEPALANG,MEMBUNUH DENGAN HANYA BERBEKALKAN PELURU AIR MASIN YANG TERBIT DARI JENDELA HATI BURUKMU...HANYA MANUSIA PAHLAWAN SAHAJA AKAN MENJADI MANGSA PENIPUANMU...BUKAN KAMI KAUM YANG TELAH CELIK AKAN SEGALA MACAM STRATEGI BODOHMU...PERSIAPKANLAH ANGGOTAMU DENGAN SEGALA ILMU PERTAHANAN DIRI KERNA AKAN HADIR SEORANG MANUSIA YANG AKAN MEMBOGELKAN SEGALA SIFAT KEJIMU ITU WAHAI MANUSIA BERTULANGKAN RANGKA IBLIS..











5.11.10

taKdir cHinta....


ia datang lagi...datang dan kembali menyuluh hidup si gadis itu...suluhan tentang kekecewaan hatinya terhapat si jejaka yang dipilih menjadi pelangi dalam hidupnya...kisah yang penuh tragis yang pernah menumpahkan air masin dari jendela hati si gadis...air masin yang begitu luar biasa banyaknya hingga menenggelamkan hati si gadis selama bertahun... sehinggalah si jejaka itu datang memberi satu pakatan kasih yang tanpa disedari si gadis telah terbenih dalam daging merah ini...kasih yang beitu polos untuk diluah...kasih yang tak pernah si jejaka harapkan sebenarnya..

kisah yang begitu ralit telah mereka cipta dengan penuh keindahan telah disusun oleh si gadis dalam locker ingatannya ...hingga dia mula membuahkan satu harapan bahawa kisah itu akan berlanjutan seperti kisah telenovela 'rosalinda'...telenovela yang hanya dilakonkan oleh si gadis berduet dengan si jejaka,tiada watak ceplos lain yang menempel dalam telenovela ini..namum,tanpa si gadis sedar bahawa telenovela itu terlalu meleret untuk mereka lakar sehingga si jejaka mula bosan dan meletak jawatan sebagai hero...

si jejaka telah mula menjejaki telenovela lain yang di hiasi oleh si gadis dambaan pecinta Yang Maha Besar, yang tak pernah dijentik oleh sisi maksiat dunia..gadis yang begitu naif dalam ilmu 'cinton'...gadis dambaan itu telah membius raga dan iman si jejaka hingga tidak lagi berpaling pada si gadis itu...si gadis meraung,memekik,meroyan namun si jejaka telah memekakkan segala anggota perasaanya termasuk rasa simpati,perihal ini telah memaksa si gadis menyental seluruh kudratnya bagi melupuskan segala macam memori antara mereka,walaupun sentalan itu begitu perit dan sakit sehingga ianya bernanah tanpa disedari oleh si gadis......

si gadis berfikir bahawa dia telah memperoleh kejayaan yang mutlak dalam kes hilang ingatan itu, namun dia silap menafsir dirinya sendiri,silap dalam menilai dan menilik daging merah miliknya...si gadis begitu megah dalam mencanang cherita bahawa kekecewaan bersama si jejaka telah dirawat dengan penuh elok oleh doktor masa.namum mengapa kau terkaku ketika berita penyatuan si jejaka dan gadis dambaan itu menusuk deria pendengaranmu???mengapa bicaramu bersiulkan lagu 'pupus-dewa',lagu yang kau siulkan ketika cinta pertamamu merobek dengan kejam hatimu dulu???mengapa????

kisah kekecewaannya pada 2 tahun lepas datang menanyangkan semula visualnya bersama cinta yang lain...bersama cinta si jejaka itu...cinta yang pada pendapat si gadis telah lupus dibakar oleh incenarator masa...namun kesakitan dikecewakan datang menerobos lagi tanpa belas ehsan..

si gadis menangis lagi..menangis seperti dulu...menumpahkan air masin yang tidak terkira lebatnya......

wahai si jejaka!!!
sedarkah bahawa hati ini telah kau lukai dengan penuh keasyikanmu dilambung tsunami asmara...berbahagialah dikau bersama kesayanganmu,kerna itu upah yang perlu kau cashkan pada si gadis kerana telah meragut harapan kasihnya...
pergilah...aku relakan kerna pintaku pada Yang Maha Kuasa,tutuplah segala macam lubang yang ada padaku dari disinggah kasih sang jejaka.........

30.10.10

triDologi semalAm

peristiwa lampau telah di'rewind' kembali bagi mengigati tragedi-tragedi seumpama ini berlaku:

1.mamat kontroversi punya kes dalam menenggelamkan manusia-manusia berhati baby




2.minah sabotaj menyiapkan rencana pemsabotajhan kepada rakan seterusnya




3.penyebaran kisah-kisah budol kepada manusia-manusia berilmu




4.proses penglibatan individu tak tahu menahu




5.pengeditan segala macam berita untuk disebarkan




6.perpecahan ukhwah antara HAWA




7.kaum ADAM duduk diam sambil makan popcorn tengok drama murah yang dilakonkan oleh para gadis yang tidak diiktiraf


8.proses persembunyian segala macam info berguna untuk bekalan masa hadapan bersama( tapi hamba telah terikat pada tandan)





9.perasaan ketidakpuasan hati terhadap individu penyondol markah



10.acara touching menaching antara geng (hamba bersama)




semua perkara diatas telah direpeat kembali pada ketika ini dan berkemungkinan direpeat lagi pada masa akan datang kerna pada ketika itu proses penyatuan akan terjadi..
masalah ini tidak dapat dielak lagi melainkan semua orang memekakkan segala anggota penyebaran dan penglibatan perasaan pengetahuan..

namun percayalah wahai sekalian hamba-hamba yang lain bahawa suatu ketika yang mendatang pasti tersuluh kerinduan pada semua trodologi semalam...

-taNdan+



29.10.10

tikA masaNya


wahai si gadis!!!
kejamnya dirimu memijak hati seorang si jejaka..
yang begitu sopan menyapa dirimu sebagai lindungannya..
yang begitu ikhlas mewarnai kehidupanmu...
sehingga dia begitu polos dalam menilai setiap butiran pendustaanmu..
tanpa godaan si Iblis, si jejaka begitu terpanah akan setiap kenyataan yang gadis utarakan..
si jejaka terlarut dalam penipuan itu..
percaya akan kasih yang di hulurkan oleh si gadis..
tanpa mengetahui bahawa si gadis begitu galak mencipta dosa
yang membinasakan hatinya suatu ketika..

wahai si gadis!!!
tika masanya kau memecahkan segala pendustaan yang telah lama kau aiskan di penjara dosa lama..
biar kebengisan yang dibalas si jejaka sebagai jawapan kemaafan yang telah kau pohonkan..
usah robek akan tindakan si jejaka itu...
dia berhak!!!
berhak dalam menghukum si gadis yang begitu kejam dalam mempermainkan kasih si jejaka..
tika ketika ini..
hanya selaput kebencian telah menghuni hati jejaka itu..
makin menjauh si jejaka meninggalkan jejak..
hingga tidak terkesan oleh pandangan si gadis lagi..
menghilang membawa serpihan hati yang telah digilis oleh gadis itu...

wahai si gadis!!!
bersedialah menerima segala hukuman yang bakal menimpa dirimu..
syabas!!!
kerana tidak terus terbelenggu dari siksa kisah lampau..
jatuhkanlah pandangan dari melihat kebahagiaan si jejaka itu bersama si gadis yang lain..
agar tidak terpanah cemburu di hatimu yang penuh keinsafan

25.10.10

caHaya itu yAng ku Mahu...

pertAma kali...bersua..
kau telah suluhkan satu cahaya yang tak pernah aku tatap..
sepanjang 18 kehidupanku...
cahaya dari satu raut ajnabi yang telah menetaskan
satu detikan pada jiwa yang gersang ini
kau membuat jantungku tesesat dalam kerja
pengepaman darah dari pembuluh-pembuluhnya

Ya Allah!!!!
indah sungguh ciptaanMu ini...
tak pernah terusik minda ini
untuk melihat KeajAibanMu
yang beGItu memikat jiwa tandus iman ini..
dia...bukan seperti jejaka-jejaka yang khalayak..
dia begitu takjub...
takjub dengan zikirnya...


lankahnya tidak seiring dengan
gadis penggoda berkaki kuda..
rumput itu...
rela menghampar diri demi membantu usahanya mengelak dosa zina...
Ya Allah!!!!
seandainya...
dia adalah antara hambaMu yang begitu mendambakan cintaMu..
antara pencari cintaMu...
Kau tetapkanlah diri dia sebagai pemimpin diri kudus ini..
kau pahatkanlah takdir antara kami..
bajailah cinta antara kami..
tanpa melangkaui cinta kepadaMu Ya Allah..
andai masih layak hambamu ini
menerima ihsan dariMu
titipkanlah dia sebagai perisai aku di persinggahan
kali ini agar dapat sama-sama membimbing lojakan
jiwa lumpur aku dari terus berlumur lumut yang menghijau


23.10.10


dititip senyuman..

tapi berguris kebencian...

dititip pujiaan..

tapi beralas sindiran

kenapa begitu????

jauh kepala dari kaki..

tapi kepala boleh tengok kaki..

sebab ada jendela hati..

tapi kasihan pula nasib sang kaki..

hanya menyapu sisa serpihan debu berkaca..

kenapa begitu???

tergadai gula si dara...

sebab tertumpah pada sang x teruna..

hanya semut sudi membirai..

bagai tentera mengepung sempadan...

juntaian air masin dia sudah bagai air basuhan mulut..

diserongkan oleh kebusukkan yang kurun..

kenapa begitu???

hati budak baik..

tapi akal suka pyscho dia..

kata...

'enjoy dulu selagi usia masih bersisa'

budak hati tanya iman..

kenapa begitu???

'saya tak nak bermaustatin dalam oven panas

saya nak abadi dalam sejuk belaian pemanis istana....'

cukup begitu???

19.10.10

SEPI


setiap ayunan lanhkah yang ku taburkan..
makin menyepi..
sepi dalam lautan liur mulut sang pembechok..
aku????
masih disini..
tetap beku dalam pelukan perang semalam..
setia membekal stok air masin tok bumi..
masih panas rembesan air itu..
sepi....
itu aku...
aku dan sepi satu kisah dunia baru..
masih belum sedia dipertonton untuk warga pengemar..
biar cherita sepi khabir bahtia bisa menggurkan
air masin dari jendela hati kalian..
usah melakukan adengan demikian untuk kisah aku..
kisah aku hanya satu kisah yang amat terbiasa dengan jiwa
geng choki - choki
biar sepi merantai diri
pabila diri ini terkaku bicara..
kebahagian menyelinap
berselubung kesepian tanpa perlu
bermadah bicara..
menepung kisah
menjadi sang lidang yang berjejari dosa
aku pilih jalan ini..
jalan mati untuk lidah pecah..

18.10.10

mUluT BerDarAH...


terHiris lidah bila semua kebenaran terCipta..
terpijak haTi sAng PENcipta kebenaran..
aku rApoh dalam merobek sebuah KiSah Allah..
tenTang tAkdir yang telaH tercAtat..
aku hanya galak mempertahankan insan ITU..
SEDAngkan tika itu ada manusia lain sedAng
yang Sedang bERtaruNG DEBGAN GETIr PERIT YANG Aku cipta..
suNgguh tiada nawaI2 yang pernah tenoktah mahu
bersetongkol dengan iblis itu..
aku tewas...
aku tewas dalam membahagiakan seorang yang Dipanggil S.A.H.A.B.AT..
aku buta dek kerana cherita yang bisa mencelikkan hati nurani sang kawan..
namun cherita itu jua yang meroBek satu jiwA yang tak pernah sunyi dari
menjadi alas kaki diriku..
ohhhh...
2 ulas bibir ini hanya mampu menangisi setiap sengketa yang telah dicipta..
terkema dalam mempertahankan maruah seoRang wanita..
bibir ini terlalu lama memendam rahsia..
bila terluka..
ia terus merebakkan segala isi yang tersimpan berkurun sudah..
kini tiada lagi ocehan yang mampu dibunyikan bagi menambah hingar pada dunia..
bibir berdarah ini telah menemui ajal dalam trajedi 171010
ia telah M.A.T.I..
mati bersama hati seorang sahabat...

16.10.10

pERiNGkaT uMur


duLu aku di pratonton
tentang hidup dewasa begitu mewah begitu kaya sekali...
aku titip setiap impian kakak- kakakku..
dari dewasa umur hingga dewasa kematangan...

sekarang aku di gerbang pintu dewasa..
pemisah antara dunia 'kisah kaisara' dengan dunia 'baru'...
penat!!!!!!
pelbagai rencah dalam menempuhi alam kematangan..
bukan setakat'secukup rasa', tumix' ataupun 'knot pasti sedap'..
ini lebih dari segalanya..
tentang hidup yang tak tahu bila
akan pencen..

tapi bak lagu pelita by A.P.I
takkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur...bla...bla...bla...
ya!!!bukan setakat pelita malah nak jadi macam
bateri 'eneigaizer'..yang menyalurkan
tenaga kat semua orang..
huhuhuhuhu...
walau impian dewasa makin dekat aku pintas..
tetap aku yakin yang..
aku belum lagi dewasa..
kerana..
aku?????

12.10.10

tEgang


seMuA tegang,bengang,salinG bERcAkaran daLam
menIlai kesilapAN iNsan yaNG DIjUNJUNG kaWan..
rapuh hati daLAM mEnilai kebajikan teman selAma bersaHabat
boCor keSabaran deK sapAan IbLIs..
makhlOk dAN rAcun PErosak..
relau hati dAlam penIlaian jiWa kuDus INsan
duNia 20-aN maMpu diguGah taNpa seMPadan keMtangan..
mEnDABik dadA CEnGKUng KE kyalaYak uMum..
meGAh Dalam KEbODOhAN BerDusta..
PIncaNG maNusia ITu tesebat olEH keBenarAN Sang PenCIPta..
seKeLIliNG ibArat ZomBI BErhiDung tIKus merObek tANGkai
laBu haTi seoRang kaWan..
tEga..meMiJAK KePAla JAntUNG, PEmbulUh DAraH sEOrANG teMAN yANg seKIan lAMa meNjaJA gElarAN S.A.H.A.B.A.T.