5.11.10

taKdir cHinta....


ia datang lagi...datang dan kembali menyuluh hidup si gadis itu...suluhan tentang kekecewaan hatinya terhapat si jejaka yang dipilih menjadi pelangi dalam hidupnya...kisah yang penuh tragis yang pernah menumpahkan air masin dari jendela hati si gadis...air masin yang begitu luar biasa banyaknya hingga menenggelamkan hati si gadis selama bertahun... sehinggalah si jejaka itu datang memberi satu pakatan kasih yang tanpa disedari si gadis telah terbenih dalam daging merah ini...kasih yang beitu polos untuk diluah...kasih yang tak pernah si jejaka harapkan sebenarnya..

kisah yang begitu ralit telah mereka cipta dengan penuh keindahan telah disusun oleh si gadis dalam locker ingatannya ...hingga dia mula membuahkan satu harapan bahawa kisah itu akan berlanjutan seperti kisah telenovela 'rosalinda'...telenovela yang hanya dilakonkan oleh si gadis berduet dengan si jejaka,tiada watak ceplos lain yang menempel dalam telenovela ini..namum,tanpa si gadis sedar bahawa telenovela itu terlalu meleret untuk mereka lakar sehingga si jejaka mula bosan dan meletak jawatan sebagai hero...

si jejaka telah mula menjejaki telenovela lain yang di hiasi oleh si gadis dambaan pecinta Yang Maha Besar, yang tak pernah dijentik oleh sisi maksiat dunia..gadis yang begitu naif dalam ilmu 'cinton'...gadis dambaan itu telah membius raga dan iman si jejaka hingga tidak lagi berpaling pada si gadis itu...si gadis meraung,memekik,meroyan namun si jejaka telah memekakkan segala anggota perasaanya termasuk rasa simpati,perihal ini telah memaksa si gadis menyental seluruh kudratnya bagi melupuskan segala macam memori antara mereka,walaupun sentalan itu begitu perit dan sakit sehingga ianya bernanah tanpa disedari oleh si gadis......

si gadis berfikir bahawa dia telah memperoleh kejayaan yang mutlak dalam kes hilang ingatan itu, namun dia silap menafsir dirinya sendiri,silap dalam menilai dan menilik daging merah miliknya...si gadis begitu megah dalam mencanang cherita bahawa kekecewaan bersama si jejaka telah dirawat dengan penuh elok oleh doktor masa.namum mengapa kau terkaku ketika berita penyatuan si jejaka dan gadis dambaan itu menusuk deria pendengaranmu???mengapa bicaramu bersiulkan lagu 'pupus-dewa',lagu yang kau siulkan ketika cinta pertamamu merobek dengan kejam hatimu dulu???mengapa????

kisah kekecewaannya pada 2 tahun lepas datang menanyangkan semula visualnya bersama cinta yang lain...bersama cinta si jejaka itu...cinta yang pada pendapat si gadis telah lupus dibakar oleh incenarator masa...namun kesakitan dikecewakan datang menerobos lagi tanpa belas ehsan..

si gadis menangis lagi..menangis seperti dulu...menumpahkan air masin yang tidak terkira lebatnya......

wahai si jejaka!!!
sedarkah bahawa hati ini telah kau lukai dengan penuh keasyikanmu dilambung tsunami asmara...berbahagialah dikau bersama kesayanganmu,kerna itu upah yang perlu kau cashkan pada si gadis kerana telah meragut harapan kasihnya...
pergilah...aku relakan kerna pintaku pada Yang Maha Kuasa,tutuplah segala macam lubang yang ada padaku dari disinggah kasih sang jejaka.........

No comments:

Post a Comment