7.11.10

sudah pergi...





ohh senyum..
kau membalingkan satu senyuman kepada aku di saat amukan melanda diriku..
kau begitu bertenang dalam setiap tutur mulutmu..
sentiasa memberi kata-kata yang indah untuk santapan daging merah aku
walau hanya kata-kata bersulamkan api yang menjadi baki urusniaga antara kita
kau begitu damai dalam mengimamkan solat subuh itu..
begitu damai hati ini menadah tangan mengaminkan setiap lantunan doamu pada Yang Maha Esa..

ohh indah...
rindu akan setiap tulisan indahmu yang dicoretkan pada kertas bergaris aku..
penuh dengan jawapan bagi soalan membunuhku..
kau begitu ralit dalam menjiruskan ucapan bicaramu hingga aku terbuai dalam kaku..
ketangkasanmu dalam melupuskan segala ucapan iblisku..
kau begitu indah..
tiada bual yang panjang antara kita seperti teman yang lain
kerna penamatnya pasti berpihak padaku atas dasar indah budimu yang begitu mengalah dalam meningkah kata-kataku..
kau jadikan aku seorang pedamba
pendamba akan dirimu..
kau tuangkan aku dengan rasa mabok itu hingga tiada panadol yang mampu mengubatiku..
aku begitu mendambakan dirimu terlau begitu...terlalu sangat

ohh tangisan...
pasti sudah kau mengerti bahawa akan terjadi kejadiaan itu pada suatu ketika..
tapi mengapa kau begitu kejam memilih lorong yang gelap untukku di kala diri ini sudah bersedia menjadi seorang yang dicitarasakanmu..
menjadi seorang yang diiginimu...
apa mahumu asalnya???
sudah surutkah sabar imanmu terhadap tingkahku..
aku tersipuh dalam kecewa yang kau palitkan pada malam itu..
tersimpan kemas semua kata-kata cinta yang patut aku hadirkan padamu


ohh sakitnya...
tak tertahan rasanya sakit ketika itu..
kau pula begitu asyik bercumbu dengan asmara cinta barumu..
hanya kebal pada luaran yang mampu ku perlihatkan padamu bahawa tiada kesan padaku segala kemanisan yang kau nikmat..
bahawa tiada rasa cemburu melihat sinar kebahgiaan pada wajah gadismu..
aku tipu...aku tipu..aku tipu...
hakikatnya terlalu perit untukku lalui saat itu..

ohh bencinya...
kau begitu tamak..
tamak dalam menghukum aku dalam mahkamah hidupmu..
kau datang padaku seperti tidak pernah kau menghadiahkan sebarang rasa padaku
kau datang dengan meminta penjelasan tentang kebisuanku terhadap segala pertanyaanmu..
keinginanmu untuk mendengar bicaraku pada saat ini adalah mustahil..
tekadku biarlah sepi yang menjadi pengantara kepada segala macam kisah antara kita..
aku pasrah dalam menilai segala silapku dan cintamu..
kau bersungguh mahukan aku disamping nafsu yang menggunung untuk bersama gadismu..
perlu kau lihat,tidak pernah wujud kesempurnaan dalam setiap keinginan yang diharapkan ..
pilihan sudah kau noktahkan...
dan sebelum noktah itu, telah tersusun huruf-huruf yang mengeja satu nama yang begitu indah maksudnya'_ O _ H _ M _ Z _'
yang pasti ejaan nama itu bukan untukku...
itu pilihamu...dan pilihan kekecewaan untukku telah kau salurkan kerna lambat dalam tindakku memilikimu...

No comments:

Post a Comment