punya cita-cita dan impian yang melangit terhadap hidup
gadis mempunyai ramai kesayangan
tetapi terpaksa berkongsi dengan orang awam
kerana kesayangan memang orang glamor
gadis selalu merasakan kesakitan daging merah disebabkan sikap racun kesayangan
tetapi gadis tabah
gadis tetap bertahan seperti tidak terkesan langsung akan sikap kesayangan
kesayangan hanya berlabuh dekat gadis bila karibnya membuat kepala kesayangan pusing
gadis tak kisah sebab gadis sayang sangat dengan kesayangannya
kekadang ada kesayangan lain cuba menasihati agar gadis lebih bertegas
gadis tak mampu untuk menidakkan segala macam permintaan kesayangan
gadis tak sanggup melihat gugurnya air masin dari jendela hati kesayangan
gadis ingin menjadi seperti sebatang ikan lumba-lumba yang sentiasa membei bantuan di kala kesempitan melanda hidup kesayangan..
gadis akan terus setia kepada kesayangan kerana gadis tahu kesayangan hanya leka dengan keseronokan yang ditabur oleh karibnya..
hingga melupakan gadis seperti ubi kayu diceruk dapur usang..
wahai kesayangan gadis pulanglah kamu dengan membawa sejuta kemanisan
kerna tidak selamanya gadis akan meneguk segala macam sifatmu
pasti tiba suatu ketika ada jejaka yang akan menyambar si gadis dan disangkarkan dalam ehsan seorang raja menakluk sebuah wilayah...
No comments:
Post a Comment