17.3.11

lucah sana lucah sini

tebal sungguh lapisan dosa aku akibat lidah sering melucah dalam semua tutur kata
perkara tersebut bagaikan satu lafaz zikir yang wajib aku butirkan dalam melengkapkan satu perkataan
bonok fikiran dek terencat iman dalam proses penapisan kalimah godaan Iblis
pecah semua Astagfirullah dari 2 ulas si teman setiap kali gegendangnya disapa ayat lucah aku
bagus jugak pada fikiran otak kerinting aku yang kurang cerdas imannya
dengan mengatakan bahawa
'ahh Allah menghantar aku sebagai khalifah untuk memberi kau pahala dengan beristighfar kepadaNya'
klise jawapan aku setelah difoward dari bisikan si tanduk itu
pasti makhluk itu begitu mengidamkan aku dalam menemaninya bersama ke alam jahanam kelak
katakan TAK NAK kepada si merah itu dengan merajinkan diri menjejak kaki di saf 27 pahala pada malam jimak sepasang suami isteri esok
walau penghuni katil sebelah telah beransur pulang ke tanah pentadbiran negara
jangan gentar wahai hati orang-orang beriman
laksanakan tanggungjawab tersebut bersama taulan yang lain
tapi ikhlaskah hati aku esok seperti ketika jari ini menari saat ini???





1 comment: