10.3.11

lovers in prague

tak perlu pergi ke Czech Republik untuk berdrama
diam sahaja di bumi perintahan Mizan ini
cukup menambah episod drama melangkui drama buruk itu
tapi lagu drama tu sedap
menjadi koleksi lagu-lagu duka aku dan Day
Day memang gadis drama..
berkongsi rasa hati di lewat satu pagi
mencurah kebekuan reaksi wajah tak kala dia berkisah tentang dia
kisah dimana semua penduduk alam sekitar membangkitkan kisah arwah si cinta aku yang dulu
ohh..perit juga ku rasa dengan goncangan pelbagai kisah dia dan kesayangannya
dia semakin popular dalam kalangan penduduk perempuan alam sekitar
setelah kejatuhan empayar lelaki harimau yang tidak bertaring
mahal betul saham komposit dia kini
menjadi tajuk utama perbualan perempuan berdarah hanyir ketika aku berdengkur di pusat islam
lihat..di tanah renchong ini pon mampu mencoret drama yang berjela-jela episodnya
hampir sampai penamat sudah kisah 3 tahun aku disini
dia,dia,dia dan dia akan terus aku dasarkan di laut keruh Selat Melaka di belakang
tidak mahu badi-badi itu menempel lagi
aku mahu pulang ke sisi Pemberian
pulang dengan gembira
dengan perancangan membuat migrasi ke negeri pesisir pantai
yang mempunyai kegemaran aku,pulau idaman dan tempat dia yang soleh belajar
ahh..aku bukan mahu melacurkan diri aku dalam kisah dia yang soleh
biarkan dia disitu terus membuat segala ilmiah yang dia perlu
dia yang soleh memang popular kerna itu dia pasti jumpe wanita yang solehah bagi mengisi kekosongan dirinya yang pasti bukan ITAYAH ROON...
hahahahaha...
gelak sampai kempis perut dan pecah semua lemak
bagi ma dan abah jadi muda balik sebab terkejut tengok aku jadi gadis pesona nona
gadis melayu bukan jiwa aku tapi aku mahu kedudukan Maya Karin di tv3 ketika ini
'tamak..memang perlu tamak dalam hidup' kata si Doreomon..
bodoh sungguh prinsip itu nasib kamu hanya mesin masa depan yang hanya makan kueh dorayaki
jika tidak pasti aku ludah kamu sampai menjdi asid flotarik
berguna bagi manusia yang berhasad dengki
tapi jangan pula kau menyimbah asid itu kepada aku
sampai mati segala kubu bakteria di wajah aku
dan membuat segala mata-mata terbuntang kerna HAY telah menjadi begitu......
tambah bergaya dengan pembawakan budak bersama sang ARJUNA disisi
yang telah membina sebuah agam di REDANG untuk keterunannya dengan membuka
medan selera HAYATI..bagi memenuhi 9 nafsu lopou terchenta
menarik betul segala kisah yang terjadi dan yang dianyam
menambah rasa yekkk dan ewwww di hati teman
tapi benar itu yang aku mahu
cuma izinkan aku pulang
bagi merenjat segala taturcara dunia hadapan aku
tiba masa jumpa di PRAGUE untuk kisah pertemuan yang disusuri sikap hipokrit kelak.
nokTah



No comments:

Post a Comment