28.3.11

tenkiu kamoo

yeah...
his reply my message FINALLY
very simple message
but it is really be meaning for me
almost 1 year
we don't contact each other
but on 28/3/11
you contact me to say 'terimakasih'
ow
so sweet kamoo
you always make me heart is dump dump
and now i decide to cancel about my nawaitu to forget about you
you are something beb
now i really love to listen 'for the rest of my life' song
and i repeat this song always
it really touch my heart
with the lyric
may i dedicate this song for you
yeah
i know
after that
it really difficult to us meet again
but thank you so much because you still remember about my self
i really appreciated that
also for Allah
His always with me
ALHAMDULILAH


24.3.11

dia MR ReD

gedix...gedix...gedix..
itu aku hari ini
over dalam semua benda yang dibuat
pagi ini aku tak tidur pon
sebab sibuk melacur dengan abang ass
tidur tak cukup,lapar,mood bengong
niat pergi library nak sattlekan semua hutang dengan para ilmuan
balik terpaksa kutip sampah pulak bagi mengenapkan markah dunia pelajaran aku
malas itu yang aku rasa
dalam perjalanan mahu balik ke tempat beradu
terima gegaran kotak telekomunikasi dari Kemai
dia meminta aku memintas semua laluan manusia bagi satu pertemuan yang aku hajati
aku seorang yang mahukan pertemuan ini
pertemuan yang aku mohon dari Yang Maha ESA
ya itu MR RED sedang minum-minum dengan taulanya
serta memakai sut merah
SUBHANAALLAH..
lafaz hati aku
aku rasa panas,kekok,berpeluh,hipokrit
semuanya datang menerjah aku ketika itu
aku tarik kotak telekomunikasi dari beg untuk
bergosip akan pertemuan itu kepada KAKAK
hah..
aku betul-betul buntu
mahu menatap lebih lama
mahu sahaja aku mendekat dan memberitahu
i'm ORKED PINTO
tapi akal aku memenggal bisikan syaitan itu
kerna aku perlu rasional
agar tidak menjadi badut di hadapan MR RED
MR RED sekarang amat kasihan fizikalnya
makin cengkung pipi itu,makin kurang peratus lemak dalam badannya
maki gelap dan makin tidak puas aku menatapnya
penampilannya jauh berbeza ketika pertemuan pertama dahulu
MR RED kelihatan semakin koporat
bukan lagi pendakwah yang sentiasa memakai kain serban di lehernya
tapi tak mengapa
kerna aku yakin MR RED masih yang dahulu
mungkin dia langsung sudah hilang memori akan
ORKED PINTO
tiada lagi surat elektronik yang dibalas di laman itu pada aku
aku seorang yang bertepuk sebelah tangan kerna sering berharap akan terisi kotak surat itu dengan pesanannya
aku sentiasa kelihatan bodoh dengan diri aku sendiri
mengharapkan pada MR RED yang begitu
gah di persada mata gadis asing
MR RED terlalu mahal bagi gadis
berterabur macam aku
gadis yang sentiasa hipokrit bila berhadapan dengannya
ya aku
paboo
MR RED


17.3.11

lucah sana lucah sini

tebal sungguh lapisan dosa aku akibat lidah sering melucah dalam semua tutur kata
perkara tersebut bagaikan satu lafaz zikir yang wajib aku butirkan dalam melengkapkan satu perkataan
bonok fikiran dek terencat iman dalam proses penapisan kalimah godaan Iblis
pecah semua Astagfirullah dari 2 ulas si teman setiap kali gegendangnya disapa ayat lucah aku
bagus jugak pada fikiran otak kerinting aku yang kurang cerdas imannya
dengan mengatakan bahawa
'ahh Allah menghantar aku sebagai khalifah untuk memberi kau pahala dengan beristighfar kepadaNya'
klise jawapan aku setelah difoward dari bisikan si tanduk itu
pasti makhluk itu begitu mengidamkan aku dalam menemaninya bersama ke alam jahanam kelak
katakan TAK NAK kepada si merah itu dengan merajinkan diri menjejak kaki di saf 27 pahala pada malam jimak sepasang suami isteri esok
walau penghuni katil sebelah telah beransur pulang ke tanah pentadbiran negara
jangan gentar wahai hati orang-orang beriman
laksanakan tanggungjawab tersebut bersama taulan yang lain
tapi ikhlaskah hati aku esok seperti ketika jari ini menari saat ini???





14.3.11

realiti sebenar 3 markah

tamat sudah kisah projek warga alam sekitar
berakhir sudah azab membuat segala bancuhan tepung yang tak menjadi-jadi
tidak perlu lagi merajinkan diri bangun awal pagi untuk membuat percubaan demi percubaan
hooooooreyyyyyyyy....+ lompatan roslinda samsu
itu ungkapan yang aku hutang dengan diri aku bila 7 langkah panel meninggalkan aku
malangnya aku yang kena hambat dengan SUNITH meninggalkan kawasan kejadian
huh..jelous betul driver VIOS ni..
aku lapor kisah konspirasi kamu dengan NORIZ kat SPRM nong
ya itu telahan kami yang tidak berpuas hati dengan keputusan kemenangan yang diumumkan
pelbagai teori dikeluarkan bagi menyokong idea-idea jahat terbitan IBLIS
boikot segala kemunculan sang juara bagi menjayakan kisah protes ini
ya itu kisah mereka sang juara
bagaimana kisah kami
kisah aku dan dua lagi tepung serta MOH
kami hanya ditinggalkan lewat 3 markah dibelakang sang juara
ulang sekali lagi (3 MARKAH) di belakang sang juara..
bermaksud disitu kami naib juara bagi pembentangan final projek sesi disember 2010
dan angkatan tentera penentang mahu geng 'SMART FLUSH' mengungguli carta teratas
diikuti 'GENG PLASTIK'..
namun realiti yang terjadi sebenarnya tidak sebegitu
produk LALA yang pertama dan kami dari GENG MERAPAI yang kedua..
bagaimana kalian mahu menjelaskan situasi ini
LALA mungkin punya permainan disebalik kemenangan itu
namun kami..
hanya kata-kata besar yang sering aku hamburkan bagi melengkapkan lawak budol aku
setiap kita punya impian kemenangan
namun bila kemengangan itu menjadi milik manusia yang tidak semengah dengan kita
segala ketidakpuasan hati dihamburkan
adakah perkara ini akan terjadi kepada kami jika bekas makanan itu tidak pecah
dan kami bergelar sang juara???
adakah kami semua akan dilabel sebagai tukang kipas?
adakah kami juga akan dijadikan lawak kalian?
adakah kami akan disindir kerana projek yang tidak siap?

aku sudah nampak HIKMAH disebalik segala kisah 3 markah ini
ALHAMDULILAH semuanya jelas di mata kami....

10.3.11

lovers in prague

tak perlu pergi ke Czech Republik untuk berdrama
diam sahaja di bumi perintahan Mizan ini
cukup menambah episod drama melangkui drama buruk itu
tapi lagu drama tu sedap
menjadi koleksi lagu-lagu duka aku dan Day
Day memang gadis drama..
berkongsi rasa hati di lewat satu pagi
mencurah kebekuan reaksi wajah tak kala dia berkisah tentang dia
kisah dimana semua penduduk alam sekitar membangkitkan kisah arwah si cinta aku yang dulu
ohh..perit juga ku rasa dengan goncangan pelbagai kisah dia dan kesayangannya
dia semakin popular dalam kalangan penduduk perempuan alam sekitar
setelah kejatuhan empayar lelaki harimau yang tidak bertaring
mahal betul saham komposit dia kini
menjadi tajuk utama perbualan perempuan berdarah hanyir ketika aku berdengkur di pusat islam
lihat..di tanah renchong ini pon mampu mencoret drama yang berjela-jela episodnya
hampir sampai penamat sudah kisah 3 tahun aku disini
dia,dia,dia dan dia akan terus aku dasarkan di laut keruh Selat Melaka di belakang
tidak mahu badi-badi itu menempel lagi
aku mahu pulang ke sisi Pemberian
pulang dengan gembira
dengan perancangan membuat migrasi ke negeri pesisir pantai
yang mempunyai kegemaran aku,pulau idaman dan tempat dia yang soleh belajar
ahh..aku bukan mahu melacurkan diri aku dalam kisah dia yang soleh
biarkan dia disitu terus membuat segala ilmiah yang dia perlu
dia yang soleh memang popular kerna itu dia pasti jumpe wanita yang solehah bagi mengisi kekosongan dirinya yang pasti bukan ITAYAH ROON...
hahahahaha...
gelak sampai kempis perut dan pecah semua lemak
bagi ma dan abah jadi muda balik sebab terkejut tengok aku jadi gadis pesona nona
gadis melayu bukan jiwa aku tapi aku mahu kedudukan Maya Karin di tv3 ketika ini
'tamak..memang perlu tamak dalam hidup' kata si Doreomon..
bodoh sungguh prinsip itu nasib kamu hanya mesin masa depan yang hanya makan kueh dorayaki
jika tidak pasti aku ludah kamu sampai menjdi asid flotarik
berguna bagi manusia yang berhasad dengki
tapi jangan pula kau menyimbah asid itu kepada aku
sampai mati segala kubu bakteria di wajah aku
dan membuat segala mata-mata terbuntang kerna HAY telah menjadi begitu......
tambah bergaya dengan pembawakan budak bersama sang ARJUNA disisi
yang telah membina sebuah agam di REDANG untuk keterunannya dengan membuka
medan selera HAYATI..bagi memenuhi 9 nafsu lopou terchenta
menarik betul segala kisah yang terjadi dan yang dianyam
menambah rasa yekkk dan ewwww di hati teman
tapi benar itu yang aku mahu
cuma izinkan aku pulang
bagi merenjat segala taturcara dunia hadapan aku
tiba masa jumpa di PRAGUE untuk kisah pertemuan yang disusuri sikap hipokrit kelak.
nokTah



8.3.11

this is my english...

bukan cara aku menggoda manusia berbulu didada dengan lenggok suara
bukan pilihan aku untuk mengedix
semata-mata markah yang tidak seberapa
bukan sandiwara aku meloyakan telingamu


itu kaedah aku melafazkan
bait-bait ayat penjajah
aku tidak mampu bertutur dengan bahasa penjajah
dengan menyebut satu persatu
aku tahu kamu hebat bertutur lebih bagus dari aku
tapi jangan buat kenyataan yang tidak berasas
dengan menyatakan pertuturanku mahu menggoda


aku manusia yang bermaruah dalam kancah zina suara
aku tidak pernah melacur dalam dunia GODA suara
tidak perlu tutur yang gedix bagi memperoleh markah dunia
jika benar bicaramu
buktikan dengan realiti yang sebenar

aku masih manusia yang punya rakan taulan
bukan seperti dirmu
yang terpaksa membanjirkan kelopak mata
hanya kerana manusia yang telah lentok akan dirimu
melayan manusia yang menyorok disebalik identiti di talian
pada awal pagi
memangil perkataan sayang kepada manusia berbulu
seperti melafazkan kata-kata salam

perlu kamu tanya pada jiwamu
siapa yang lebih gedix bicaranya
kamu atau aku????
wahai manusia