7.11.10

sudah pergi...





ohh senyum..
kau membalingkan satu senyuman kepada aku di saat amukan melanda diriku..
kau begitu bertenang dalam setiap tutur mulutmu..
sentiasa memberi kata-kata yang indah untuk santapan daging merah aku
walau hanya kata-kata bersulamkan api yang menjadi baki urusniaga antara kita
kau begitu damai dalam mengimamkan solat subuh itu..
begitu damai hati ini menadah tangan mengaminkan setiap lantunan doamu pada Yang Maha Esa..

ohh indah...
rindu akan setiap tulisan indahmu yang dicoretkan pada kertas bergaris aku..
penuh dengan jawapan bagi soalan membunuhku..
kau begitu ralit dalam menjiruskan ucapan bicaramu hingga aku terbuai dalam kaku..
ketangkasanmu dalam melupuskan segala ucapan iblisku..
kau begitu indah..
tiada bual yang panjang antara kita seperti teman yang lain
kerna penamatnya pasti berpihak padaku atas dasar indah budimu yang begitu mengalah dalam meningkah kata-kataku..
kau jadikan aku seorang pedamba
pendamba akan dirimu..
kau tuangkan aku dengan rasa mabok itu hingga tiada panadol yang mampu mengubatiku..
aku begitu mendambakan dirimu terlau begitu...terlalu sangat

ohh tangisan...
pasti sudah kau mengerti bahawa akan terjadi kejadiaan itu pada suatu ketika..
tapi mengapa kau begitu kejam memilih lorong yang gelap untukku di kala diri ini sudah bersedia menjadi seorang yang dicitarasakanmu..
menjadi seorang yang diiginimu...
apa mahumu asalnya???
sudah surutkah sabar imanmu terhadap tingkahku..
aku tersipuh dalam kecewa yang kau palitkan pada malam itu..
tersimpan kemas semua kata-kata cinta yang patut aku hadirkan padamu


ohh sakitnya...
tak tertahan rasanya sakit ketika itu..
kau pula begitu asyik bercumbu dengan asmara cinta barumu..
hanya kebal pada luaran yang mampu ku perlihatkan padamu bahawa tiada kesan padaku segala kemanisan yang kau nikmat..
bahawa tiada rasa cemburu melihat sinar kebahgiaan pada wajah gadismu..
aku tipu...aku tipu..aku tipu...
hakikatnya terlalu perit untukku lalui saat itu..

ohh bencinya...
kau begitu tamak..
tamak dalam menghukum aku dalam mahkamah hidupmu..
kau datang padaku seperti tidak pernah kau menghadiahkan sebarang rasa padaku
kau datang dengan meminta penjelasan tentang kebisuanku terhadap segala pertanyaanmu..
keinginanmu untuk mendengar bicaraku pada saat ini adalah mustahil..
tekadku biarlah sepi yang menjadi pengantara kepada segala macam kisah antara kita..
aku pasrah dalam menilai segala silapku dan cintamu..
kau bersungguh mahukan aku disamping nafsu yang menggunung untuk bersama gadismu..
perlu kau lihat,tidak pernah wujud kesempurnaan dalam setiap keinginan yang diharapkan ..
pilihan sudah kau noktahkan...
dan sebelum noktah itu, telah tersusun huruf-huruf yang mengeja satu nama yang begitu indah maksudnya'_ O _ H _ M _ Z _'
yang pasti ejaan nama itu bukan untukku...
itu pilihamu...dan pilihan kekecewaan untukku telah kau salurkan kerna lambat dalam tindakku memilikimu...

manusia itu...

DALAM KESEPIAN ALAM PAGI INI,HADIR SATU MACAM RASA INGIN BERKELAHI DENGAN SERIBU MANUSIA YANG SENTIASA BERNAFSU MENELANJANGKAN KEAIBAN MANUSIA YANG LAIN.YANG SENTIASA RAKUS DALAM MENIBARKAN SEGALA MACAM CERITA YANG BISA MENEBAK JANTUNG KEMALUAN MANGSANYA.MENGAPA BEGITU BUSUK ISI DAGING MERAHMU WAHAI MANUSIA????SETIAP DARI KITA PUNYA KEBAIKAN SERTA KEJAHATAN YANG SENDIRI,TIDAK PERLULAH KAMU MAHU MENJADI BURUNG NURI YANG MENCAMPAKKAN SEGALA ISI SPORA UNTUK DIBUNGAKAN OLEH KAUMMU YANG BERDAGING MERAH BERNILAKAN HOLY WATER.TEGAR DIRIMU MELIHAT SEORANG MANUSIA YANG SAMA NALURINYA DENGAN KAMU DIPIJAK OLEH MANUSIA BERHATI ALIGATOR???KAMU KEJAM WAHAI MANUSIA!!!!SENTIASA PELIK DALAM MEMBUAT SEGALA TINDAKAN HINGGA MABOK SEMUA PENGGHUNI TELUNJUKMU.JAHAT SIKAPMU BUKAN KEPALANG,MEMBUNUH DENGAN HANYA BERBEKALKAN PELURU AIR MASIN YANG TERBIT DARI JENDELA HATI BURUKMU...HANYA MANUSIA PAHLAWAN SAHAJA AKAN MENJADI MANGSA PENIPUANMU...BUKAN KAMI KAUM YANG TELAH CELIK AKAN SEGALA MACAM STRATEGI BODOHMU...PERSIAPKANLAH ANGGOTAMU DENGAN SEGALA ILMU PERTAHANAN DIRI KERNA AKAN HADIR SEORANG MANUSIA YANG AKAN MEMBOGELKAN SEGALA SIFAT KEJIMU ITU WAHAI MANUSIA BERTULANGKAN RANGKA IBLIS..











5.11.10

taKdir cHinta....


ia datang lagi...datang dan kembali menyuluh hidup si gadis itu...suluhan tentang kekecewaan hatinya terhapat si jejaka yang dipilih menjadi pelangi dalam hidupnya...kisah yang penuh tragis yang pernah menumpahkan air masin dari jendela hati si gadis...air masin yang begitu luar biasa banyaknya hingga menenggelamkan hati si gadis selama bertahun... sehinggalah si jejaka itu datang memberi satu pakatan kasih yang tanpa disedari si gadis telah terbenih dalam daging merah ini...kasih yang beitu polos untuk diluah...kasih yang tak pernah si jejaka harapkan sebenarnya..

kisah yang begitu ralit telah mereka cipta dengan penuh keindahan telah disusun oleh si gadis dalam locker ingatannya ...hingga dia mula membuahkan satu harapan bahawa kisah itu akan berlanjutan seperti kisah telenovela 'rosalinda'...telenovela yang hanya dilakonkan oleh si gadis berduet dengan si jejaka,tiada watak ceplos lain yang menempel dalam telenovela ini..namum,tanpa si gadis sedar bahawa telenovela itu terlalu meleret untuk mereka lakar sehingga si jejaka mula bosan dan meletak jawatan sebagai hero...

si jejaka telah mula menjejaki telenovela lain yang di hiasi oleh si gadis dambaan pecinta Yang Maha Besar, yang tak pernah dijentik oleh sisi maksiat dunia..gadis yang begitu naif dalam ilmu 'cinton'...gadis dambaan itu telah membius raga dan iman si jejaka hingga tidak lagi berpaling pada si gadis itu...si gadis meraung,memekik,meroyan namun si jejaka telah memekakkan segala anggota perasaanya termasuk rasa simpati,perihal ini telah memaksa si gadis menyental seluruh kudratnya bagi melupuskan segala macam memori antara mereka,walaupun sentalan itu begitu perit dan sakit sehingga ianya bernanah tanpa disedari oleh si gadis......

si gadis berfikir bahawa dia telah memperoleh kejayaan yang mutlak dalam kes hilang ingatan itu, namun dia silap menafsir dirinya sendiri,silap dalam menilai dan menilik daging merah miliknya...si gadis begitu megah dalam mencanang cherita bahawa kekecewaan bersama si jejaka telah dirawat dengan penuh elok oleh doktor masa.namum mengapa kau terkaku ketika berita penyatuan si jejaka dan gadis dambaan itu menusuk deria pendengaranmu???mengapa bicaramu bersiulkan lagu 'pupus-dewa',lagu yang kau siulkan ketika cinta pertamamu merobek dengan kejam hatimu dulu???mengapa????

kisah kekecewaannya pada 2 tahun lepas datang menanyangkan semula visualnya bersama cinta yang lain...bersama cinta si jejaka itu...cinta yang pada pendapat si gadis telah lupus dibakar oleh incenarator masa...namun kesakitan dikecewakan datang menerobos lagi tanpa belas ehsan..

si gadis menangis lagi..menangis seperti dulu...menumpahkan air masin yang tidak terkira lebatnya......

wahai si jejaka!!!
sedarkah bahawa hati ini telah kau lukai dengan penuh keasyikanmu dilambung tsunami asmara...berbahagialah dikau bersama kesayanganmu,kerna itu upah yang perlu kau cashkan pada si gadis kerana telah meragut harapan kasihnya...
pergilah...aku relakan kerna pintaku pada Yang Maha Kuasa,tutuplah segala macam lubang yang ada padaku dari disinggah kasih sang jejaka.........