
gelak tawa yang terhambur dari celahan daging tidak bertulangmu telah mengundang sejuta penyesalan kepada manusia yang berhati setia
bagaikan satu halilintar bagi kami yang dipalit kedukaan dengan tindakan drastikmu yang jelas kelihatan bodoh di mata para pencelik kebenaran
dirimu begitu lena dengan igauan kesetiaan si alam bersama hantu jembalang yang hanya wujud dalam kiasan asmaramu bersama kehikporitan mereka yang durjana
tidak perlu bersekang mata jika hanya mahu melacur dalam kepuraan hidupmu
belahlah kesetiaan ikatan kasih kami kerna tidak pernah terpetir hatimu dengan kuasa yang maha dashyat bagi membayar jumlah hutang kemusnahan hati busukmu dalam menjayakan agenda makhluk merah itu
kau ukir setiap penipuan di dinding balai pegawai penjara yang pasti memasung dirimu atas dakwaan rasuah kepada perhubungan yang telah tersurat
setiap jelinganmu hanya memberi guruh di hati rakanmu sendiri kerana tiada ungkapan kasih yang pernah terluah melainkan kata-kata carutan yang hanya akan membantutkan perkembanagan minda berkulatmu itu
setelah habis kau huru-harakan kampuang kediaman kami
kau bermegah dengan segala macam kuasa yang bagai mercun bawang permaianan teruna-teruna tadika yang lebih gagah dibanding gigi mu yang hanya bersalut emas tinggalan firaun
tergedik-gedik kau melangkah mencari keinsafan bagi meraih perasaan belas dari kami setelah puas menyoyot di dada dosa semalam
