13.4.11

ludah yang mahu dijilat kembali..huh???

banyak sangat ragam dan karenah manusia kini
tidak sanggup menyatakan satu persatu
kerna yang jelak pasti manusia yang terlibat
kalian dianugerahkan atau mungkin satu ujian dari Ilahi untuk kalian memiliki sebuah perasaan
disayangi dan menyayangi mungkin
harus kenapa perlu berdusta dalam menzahirkan kecintaan itu pada yang layak
tidak terfikirkah bahawa setiap kelukaan yang kalian hadirkan
mampu membunuh sebuah hati yang begitu penuh dengan perasaan kasih dan sayang
mampu menangkis perasaan belas kasihan,menghadirkan sifat dendam kesumat yang sendiri
memusnahkan kalian kelak
bahagiakah kalian dengan berjalan berpimpingan sambil meludah kepada insan yang dikecewakan
setelah bosan dan rimas dengan si dia yang buruk lagi jijik pada pandangan kamu?
goyah alasan kamu itu bagi menutup setiap lubang kecurangan yang telah hadirkan
dalam perhubungan itu
sedangkan terlalu samar halatuju hubungan baru yang diimpikan bersama manusia
yang sudah berpunya
rendah sangatkah martabatmu sebagai Hawa yang tegar merosakkan kebahagiaan kaummu
bagi memuaskan 9 nafsu yang tidak terperi itu
murah sangatkah nilai cinta si dia yang begitu telus dan dunggu dalam berperasaan
tidakkah dirimu sedar betapa tulusnya kasih yang dihulur oleh si dia
sanggup berjaga menemani ketakutan malam tanpa teman tidur
sanggup bersabar dengan setiap permintaanmu
sanggup kelihatan dayus apabila kesanggapanmu bertandang untuk bertemu dengan
lelaki yang sentiasa menghadirkan nista kepada dirimu
dia pernah menjatuhkan egonya sebagai laksamana di hati wanitamu bagi melihat kesungguhan
dirinya dalam memilikimu
mungkin dia tidak sempurna
mungkin dia tidak segagah arjuna yang lagak mengalahkan iman kaum Hawa
tapi dia merupakan seorang insan yang terlalu berjiwa besar dalam memberi kebahagiaan kepada dirimu
jangan sampai waktunya kamu meroyan meminta dia kembali
setelah terlalu banyak kesedihan yang kamu huni di hatinya
kamu mungkin tidak layak untuk insan yang terlalu nyenyeng dengan dirimu kerana kamu merupakan insan yang sentiasa menjadi rebutan
serigala yang tidak bermaruah di luar sana
itu yang kamu banggakan
dipersilakan wahai............


12.4.11

tahniah kamu manusia

sekian masa yang diberi bagi hidup sendiri
belajar bertatih tanpa kewujudan pendamping disisi
sentiasa berdalih dan bertingkah dengan encik akal dan cik hati
ketidakyakinan diri begitu menebal menyelubungi diri
walau manusia sekeliling merasakan ianya sesuatu yang sejuk
apabila seseorang manusia berdada tinggi dan berbonggol di paras tulang belakangnya
melakukan derap langkah keseorangan
'sungguh............si dia'
pembalikkan perasaan yang dirasakan si empunya diri
'aku mampu..aku mampu..aku mampu'
ucapan buat askar-askar organ yang lain agar berkompromi dalam pembelajaran hari ini
pelajaran hari ini begitu penting bagi masa depan diri sendiri
jangan terlalu berpaut pada manusia lain
jangan cuba menyusahkan manusia pendamping
jangan berhutang budi lagi kepada mereka
kelak pasti jenuh dirimu mahu membayar semua piutang itu
maka berjalanlah sendiri wahai diri
mara ke hadapan tanpa perlu takut akan acahan manusia bergelombang lumpur
mereka tidak berhak menampar dirimu dengan kutukan dan makian mereka
tiada penjejasan akan terjadi kepada dirimu
dengan peristiwa bodoh yang mereka cuba wujudkan
amat kasihan melihat diri yang terpaksa bergelumang dengan kecelaruan diri
sentiasa tertekan dengan sesuatu yang tidak pasti
bersendirian membuatkan dia terfikir bahawa sudah tiba masa
untuk berdikari,berjalan sendirian,berkeyakinan dalam sendiri
tanpa perlu pendamping
mungkin ianya membuat manusia pendamping merasa jelik
membuat manusia pendamping merasa tersisih
membuat manusia pendamping merasa sedih
tapi sedarlah kalian
diri ini sedang berbicari dengan diri sendiri agar tidak terlalu manja
kerna kehidupan yang bakal dijalani pasti
tidak berteman kamu semua
kehidupan yang bakal dilacuri bersama manusia plastik kelak
perit sungguh hakikat ini
perasaan mahu kembali kepada zaman 90an begitu berlimpangan
hidup tanpa perlu merasakan kesakitan perasaan
yang ada cuma luka-luka pada fizikal yang bisa sembuh
dan akan hilang bila makin membesar
rindu....

7.4.11

risalah hati

april
sungguh kaku perjalanan sepanjang bulan ini bergerak
terlalu banyak perkara yang terjadi sehingga musnah semua kemesraan itu
dia tidak pernah bersalah
menjalankan setiap kata hati dan saluran akalnya
cuma gadis terlalu lembut dan cenggeng daging merahnya
merasakan semua jawapan yang diberi terlalu bersikap penting diri
itu mungkin buruk dirinya
tidak lama gadis berbumbung dengan dia
makin lama makin buruk situasi ini
akhirnya gadis dan dia menjadi terlalu asing bahasa,gurauan dan perilaku
keadaan sudah berubah
sturuktur hiasan dalam kamar sudah bertukar
itu permintaan gadis
yang memang cuba diprovokosikan oleh dia
dia cuba memujuk
namun gadis berkuku cawan
pantang membiarkan hatinya menjadi gula-gula kapas
yang akan hilang bila dihisap
dan menimbulkan kegembiraan di hati si pemakan
gadis terlau ego tika itu
berlagak seperti semua kebenaran menjadi miliknya
malah berpishmina lewat pembentangan dengan manusia berilmu yang telus hatinya
masih mampu bergelak ketawa dengan gadis oren serta manusia lain
namun pulangnya melukakan hati si dia
gadis menginjak semua perabot dalamam kamar itu
membina pemisah yang diwujudkan atas nama mencegah lebih baik dari merawat
ahh gadis
terlalu egois dalam hidupnya
sentiasa mahu benar usulnya
sentiasa melukakan manusia sekeliling
membeku bila rasa marah tanpa memberitahu akan silapnya mereka
gadis kejam teramat kejam dalam mengadili semua manusia disekeliling
sedangkan merekalah yang melengkapkan kehidupannya di tanah renchong ini selama 3 tahun
terlalu melampau sikap gadis lewat pengajian ini
tidak memahami diri sendiri
kekadang tertanya-tanya pada hati
kenapa kamu begitu kejam wahai hatiku??
tegar melupuskan manusia berjasa dengan tidak mengendahkannya??
sungguh bercelaru keadaan ini
ikhlas gadis sendiri paling benci keadaan di mana gadis membeku
gadis mahu awet muda dengan bergelak ketawa
selepas ini episod ini akan tamat
akan berakhir sudah
ciptalah satu episod yang boleh membahagiakan manusia pendamping wahai gadisku