31.1.11

mawar ohh mawar..

mawar
tersurih laungan itu memangil-mangil si anak yang leka bersemadi di alam maya
menapak satu persatu langkahan si ibu
bagi menggamit si mawar ke dalam dakapannya
bagi melerai rasa lelah setelah
memasang pukat di medan kerja
pulangnya dengan harapan telah tersedia hidangan
hasil nurkilan anak terchenta

mawar
terkesima hati si ibu bila melihat
mata si anak begitu galak dalam
menjejalah dunia maya
bertemankan latar mukabuku
panggilan yang dilontar
sama sekali tidak diendah
bila muzik tanah jajahan jepun
berdengung di gegendang telinganya

mawar
ibu sudah pulang nak
ibu pulang ingin melahap
masakan yang patut kamu sediakan
ibu telah penat melanun
di luar demi mencari bekalan harta buatmu
tegarnya dirimu hanya duduk berbaring sambil
tangan yang galak memainkan papan kekuci itu
tanpa langdung terkutip dengan biasan
panggilan ibu

mawar
jangan terlalu menhambakan diri dalam
dunia palsu itu
kerna kelak pasti
mamasungkan dirimu dalam
menjalin sosial dengan
manusia di bumi nyata
pendustaan terlalu sebati
dalam manusia di maya itu

mawar
kembali nak
kembali ke pangkuan ibu
dalam kita merencah kehidupan
di atmosfera nyata

28.1.11

mong & pong

Harum bauan hujan menggamit hati merindui

Manusia yang begitu berbakti dalam

Memberi satu kehidupan kepada aku

Rindu akan hangat pelukkannya

Rindu akan ketenagan wajahnya

Rindu akan nasihatnya

Rindu untuk merasa gulai tempoyak ikan patin dia

Ohh..

Hujan turun bertambah lebat bersamaan kerelaan kerinduan ini

Aku terperangkap dalam gema bah senegeri

Terperap dalam sebuah rumah milik orang lain

Ingin aku menyeludup ke dalam perut ikan beruang

Bagi memberi satu senyuman kepada manusia milikku

Akan tetapi takdir masih belum

Menghulurkan simpatinya

Aku menyimpan rasa selain memendam kerinduan

Kepada mereka

Berserah hujan ini akan penat membasahi bumi

Memberi aku peluang untuk melempiaskan kerinduan ini

MAMITA PAPITO ..JO TEKHIORO MUCHOS

27.1.11

selamat pagi sayang


selamat pagi sayang
bulan telah hilang
buka mata sayang
hari kian siang dan mendatang
mencintai sepunuhnya
kasih..
berikan daku masa
sebelum kau pergi
menghadap dunia
belailah aku dengan mesra
kerna itu saja yang daku pinta

jangan pergi sayang
lupakan sahaja
usah keluar sayang
ku mahu kau ada setiap masa
ku tak mahu keseorangan
kasih..
berikan daku masa
sebelum kau pergi menghadap dunia
belailah daku dengan mesra
kerna itu saja yang daku pinta
biar selamanya
hanya kau dan aku bergerak perlahan
mengerti kuasa
namun kita hanya
ohh manusia biasa
yang hanya mampu
menikmati indahnya kita berdua

kasih..
berikan daku masa
sebelum kau pergi
menghadap dunia
belailah daku dengan mesra
ohh..kasih
berikan daku masa
sebelum kau pergi menghadap dunia
belai daku dengan mesra
kerna itu saja yang aku pinta..


20.1.11

perlukah menjadi gedix gurl???

gedix..
mayb semua orang atas dunia memang akan terpalit sifat gedix kat diri sejak azali lagi
tapi persoalannya perlukah ditopup lagi tahap kegedikkan itu??
tolonglah topup maruah diri dalam membuat seseuatu perkara
jangan terlalu murah dalam menggeselkan diri dengan si jejaka
perlukah ditayang akan semua cerite tentang si jejaka yang belum pasti jejaknya bersamu ke FIRDAUS
persembahkanlah sedikit rasa egomu dalam berlayar bersama hidup dengan geng pelampau itu
mereka hanya tahu untuk mengambil kesempatan
terhadap kita yang memang sedia tough dengan rasa simpati
mereka hanyalah golongan yang akan meraung bila bersedudukan dengan geng gedix palsu
hidup si jejaka hanya bertemakan keseronokan bersama gadis gedix terlampau
tidakkah dirimu sedar bahawa kamu semua hanyalah tempat ludahan si jejaka yang bedebah
bangkitlah wahai kaum xy
jangan terlalu mudah disogok dengan resipi basi si jejaka
akan kata-kata racun yang dimentarakan
kita masih punyai satu kelebihan yang kuat
pertahankan pelapis itu
bangkitlah wahai gedix sekalian
kerana dirimu bergitu loreal paris
jangan kerna cinta plastik si xx
dirimu tergadai kegadisan yang perlu dipersembah kepada penemamu yang bersama ke FIRDAUS kelak
cinta mereka hanyalah palsu demi merobek selaput itu
tolonglah garnier akan masa depan anak cucumu kelak
hidup kita berdasarkan hukum qisas ohh gedix sekalian
jika pembalasan bukan milikmu tika ini
pasti anak cucumu akan menderita atas kebodohanmu
pada masa lampau
apa perlu diberi jawapan akan kesengsaraan mereka kelak
perlukah memberitahu
bahawa aku terlampu taksub dengan golongan xx
suatu ketika dahulu
huh..
gedik sungguh jawapanmu itu
tidak ubah seperti makhluk ini

mungkin kamu lagi plus kegedikannya..
huh..guls always rolling eye with xx..

12.1.11

kembali menyapa


kau menghilang tak kala di cari
mengapa menjelma pabila tak ku peduli
puas ku sental setiap kudratku
bagi menghanyutkan segala
keabadian filem semalam
kau membiar aku memahat
kekecewaan dalam setiap lakumu
tapi kini kau datang kembali
datang dengan membawa sejuta
kecelaruan minda untukku
kau membiarkan tanda soal
terpapar dalam otak kerintingku
kau hembuskan semual nafas
seperti dahulu kala
kau lemparkan senyuman
menggodamu kepadaku
ahhh...
tegarnya dirimu lelaki
kejam sifatmu memburai air jernih itu lagi
sudah luntur safi rania dimataku
dek segala permainanmu
kau berlagak bagai raja
yang mentadbiri seluruh
ruang nafas aku
kau banjiri diriku dengan
segala tipu helahmu
kau begitu sempurna
memberi sandiwara kali ini
hampir putus egoku
atas segala permainan nerakamu
dasyat betul segala strategimu dalam
melukakan hati aku buat kedua
kau mampir
menyorok seluruh kebusukkanmu yang nyata
tapi aku pasrah
pintaku
jangan pernah kau menghalang
jalan aku
seperti mana aku
tak pernah menghalang
jalanmu....

11.1.11

kisah hujan semalam


bukan sesuatu yang hebat jika menjadi rebutan
hanya membuat perasaan menjadi penasaran
membuat lebih banyak kelukaan pada orang yang gadis sayang
perasaan cemburu itu selalu menyising perhubungan ini
gadis tidak bangga rebutan
yang hanya mencipta sengketa dan pemusuhan
pernah terlintas dalam otak kerinting gadis
'hidup macam YAN lagi baik,
dia blur dan semua orang menyenanginya'
tapi gadis perlu bebas dari isu lapuk ini
dari zaman spm hingga diploma
keadaan masih bertakung lagi
hanya yang beza dari segi latar masyarakatnya
bukan ini yang gadis perlukan..
tiada perasaan terharu atau menongkat dagu terhadap peristiwa itu
gadis mahu hidup aman
kalian semua kawan gadis..
ya hanya kawan,bukan sahabat
itu hakikat yang gadis mampu hadiahkan untuk kalian
hanya dua manusia ini yang mampu menjuarai taktha sahabat di hati gadis
dua manusia yang yang sentiasa membisikkan kata-kata semangat
di kala gadis patah segala kekuatan
ketika gadis putus asa akan kalian semua
mereka hadir tanpa menghadirkan sebarang bicara
mereka memberi kekuatan kepada gadis
hanya melalui kehadiran mereka
sedangkan kalian semua hanya mahu gadis ketika patahnya semangat kalian
sahabat gadis berlalu kerna tidak mahu gadis bertinju kerana kalian sudah berang dengan sahabat
jangan keterlaluan wahai kalian
mereka sahabat gadis
gadis perlu mereka
jika mereka hilang maka hilang gadis dalam kisah kalian
gadis tidak biar jerat cemburu merosak hati gadis dangan sahabat
gadis terlalu penat hidup begini
mungkin ini ujian yang Allah berikan kepada gadis
gadis perlu kuat
gadis akan sampai ke tarikh penghujung diploma
gadis mahu lupa akan segala kisah disini
mungkin gadis perlu membuat perubahan
akan sikapnya
jangan terlalu taksub akan manusia yang belom tentu menjadi manusia
gadis mahu berehat dari industri sesat yang tiada pernah sudahnya
seperti lagu hampir-hujan
'aku hampir ditelan asmara
hilang percayaku pada semuanya
genggaman erat takkan ku lepaskan
biar apa-apa pun kata si bintang
ku nantikan pagi'

2.1.11

missing you


aku hanya yang kedua
selalu kau perlakukan aku begini walau telah aku bersumpah
bahawa tiada rasa tanggungjawab untukmu
namun aku tak mampu
kau masih bernilai untuk aku wahai kawan
KAWAN????
ya..
dia hanya kawan bukan sahabat yang selama ini aku cari
aku tahu itu statusmu di hatikiu
kau tidak layak menjulang takhta itu lagi wahai kawan
kau terlalu dan selalu melukakan aku
hingga telah mati segala macam perasaan aku
kau tindas aku sampai tidak berdaya untuk aku mencelikkan sebuah harapan
kua mengajarkan aku rasa putus asa
kau sentiasa memberi harapan palsu
yang pasti aku langsung tidak bernilai pada kamu
aku kau anggap sebagai tempat kaunselormu bagi menghapus semua kekusutan dirimu
tidak pernah terlintas dalam hati sucimu bahawa terlalu banyak kedukaan yang hadiahkan kepadaku
tidak perlu kau merenung bulbul kerna tiadah hak untuk berbuat begitu
bulbul hanya untuk santapa bakal rakan susah aku di masa akan datang
rakan yang mungkin akan menjadi shabat suatu ketika akan datang mungkin..
jangan pernah kau tempelkan rasa cemburu terhadap dia kerna dia tidak pernah merampas aku.
aku yang rela melacurkan diri dalam kehidupan dia
usah kau meroyan akan hakikat yang baru kuutuskan ini
walau terlalu banyak realiti yang Pencipta buktikan akan keplastikan si dia
kau tetap mengiakan dia dalam perdebatan makhamah itu
aku punya sahabat yang perlu dipertahan dan kau memilih si dia yang selalu hipokrit dalam melayan dirimu
bodohkah dirimu..
ah kau tidak layak dalam dikasihani kerna terlalu banyak lara yang kau taburkan kepada kami yang menyayangi kamu